Taklimat Bersama Peserta Program Capture The Flag
3 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 02 Februari 2025, telah berlangsung Taklimat Bersama Peserta Program Capture The Flag. Taklimat ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Encik Amirul Hakim sebagai wakil kepada Cybersecurity telah memberi penerangan mengenai objektif dan keselamatan siber program Capture The Flag. Selain itu, encik Amirul Hakim memberi penerangan mengenai ancaman siber yang sering berlaku seperti Media Sosial, Data Peribadi dan Kewangan. Seterusnya, penerangan mengenai kepentingan keselamatan siber dan encik Amirul Hakim menerangkan apa itu Capture The Flag (CTF). Akhir sekali, encik Amirul Hakim menerangkan kelebihan menyertai Capture The Flag, pelaksanaan kelas, kehadiran pelajar dan manfaat program.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang Program Capture The Flag. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan antara staf NADI, peserta dan Cybersecurity.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: